UNIT PENDIDIKAN ISLAM
|
|
Perasmian surau MRSM Pengkalan Chepa
Bismillahirrahmanirrahim.
Segala puja dan puji bagi Allah,
pencipta sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan tercinta nabi Muhammad
s.a.w, ahli keluarga Baginda, para sahabat, tabiin, tabi’ tabiin, para ulama
al-a’milin, dan seterusnya para pencinta dan pendokong agama tercinta.
Firman Allah di dalam al-Quran yang berbunyi ;
انما
يعمر مساجد الله من آمن بالله واليوم الآخر
Sesungguhnya orang yang memakmurkan
(menghidupkan) rumah-rumah Allah ialah mereka-mereka yang beriman dengan Allah
dan hari akhirat.
لا
تقم فيه ابدا، لمسجد أسس على التقوى من اول يوم احق ان تقوم فيه ، فيه رجال يحبون
ان يتطهروا والله يحب المتطهرين
“Dan janganlah engkau sembahyang di
masjid itu selama-lamanya, kerana sesungguhnya masjid (Quba’ yang engkau bina wahai
Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula wujudnya, sudah
sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang
lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya, dan Allah
mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin).
[at-Taubah : 108].
Muslimin-muslimat yang dirahmati Allah
Kita bersyukur ke hadrat Ilahi kerana
dengan limpah kurnianya kita dapat berkumpul di surau yang amat indah ini.
Hampir empat tahun kita menunggu agar terbina bangunan baru yang diidamkan
Alhamdulillah di saat ini kita semua dapat merasai impian kita itu. Projek yang
bermula pembinaannya awal September yang lalu sudahpun hampir siap sepenuhnya.
Jika ditinjau dari sejarah proses pembinaan telahpun bermula sejak beberapa
tahun yang lalu namun hasrat tersebut terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab
tertentu. Seterusnya bermula kedatangan Tuan Hj Ismail B. Kamaruzzaman (selaku
Timbalan Pengetua HEP) mencadangkan digerakkan semula hasrat murni ini kerana beliau
terlalu prihatin terhadap kebajikan pelajar terutama ketika pelajar menunaikan
solat di surau ini suatu ketika dahulu. Hasrat ini didokong dan disokong pula oleh
puan pengetua Hjh Siti Fatimah Bt Hassan dan akhirnya dengan berkat kesungguhan
semua pihak dari jawatankuasa pembesaran surau, para penderma yang budiman, MAIK
(Majlis Agama Islam Negeri Kelantan),ANSARA KB dan ANSARA Se-Malaysia, MUAFAKAT
cawangan Kota Bharu, saudara Nazri selaku kontraktor yang dilantik bersama
pekerjanya, semua pelajar Batch 39,40
dan 41, seluruh ibu-bapa, guru-guru dan staf sekalian akhirnya hasrat murni ini
dapat direalisasikan pada hari ini. Alhamdulillah. Untuk makluman para hadirin
dan hadirat sekalian, projek yang dijalankan ini telah menelan belanja sebanyak
RM 325,000.00 dengan keluasan 4300 kp. Jika dilihat dari sudut fizikal sekarang
sudah tentu surau ini mampu mengatasi kecantikan masjid-masjid dan surau-surau
di sekitar Kota Bharu atau secara lebih kecil daerah Pengkalan Chepa. Sekalung
penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada anda semua.
Peranan surau dan peranan kita
Seperti yang diketahui semua, surau
atau masjid merupakan nadi penggerak kepada aktiviti setiap muslim. Oleh sebab
itu Nabi Muhammad SAW setibanya baginda di Madinah beliau membina Masjid Quba’
dan Masjid Nabawi. Dalam konteks pelajar muslim ia merupakan pusat yang
menggerakkan aktiviti seharian mereka. Ia tidak hanya terhad kepada tempat
menunaikan solat bahkan ia mesti diangkat martabatnya sebagai “Makmal Rohani”
kepada semua pelajar dan warga MRSM Pengkalan Chepa. Aktivitinya sudah tentu
diperluaskan sesuai peranannya sebagai makmal rohani. Di sini kita mengharapkan
lahirnya warga MRSM Pengkalan Chepa yang Quranik, Saintifik, Ijtihadik &
Ensiklopedik. Semoga Allah permudahkan kita ke arah itu. Bagi merealisasikan
tujuan tersebut sudah tentu memerlukan pengurusan surau yang sistematik dan
diurus oleh mereka yang pakar dalam bidang pembangunan insan. Justeru adalah
menjadi harapan semua agar ia dapat diurus tadbir dengan sebaik mungkin.
Harapan kita
Menyediakan kemudahan fizikal bagi
kemudahan semua pelajar adalah salah satu tanggungjawab pihak pengurusan. Namun
begitu ia tidak terhenti setakat itu sahaja. Pengisian ke aktiviti ke arah
melahirkan pelajar yang berilmu, berdisiplin, beriman dan beramal perlu menjadi
keutamaan setelah bangunan surau ini siap dibina. Aktiviti-aktiviti kerohanian
seumpama kuliah mingguan, sesi hafazan, seminar, smart circle, qiamullail, dan
sebagainya perlu dijadikan rutin harian pelajar.
Penjenamaan semula
Bagi menambahkan lagi keberkesanan
surau ini, unit pendidikan Islam mencadangkan penjenamaan semula surau ini
kepada Masjid Al-Khairiah. Semoga dengan penjenamaan semula
surau ini dapat memberikan semangat baru kepada semua pelajar dan pengurusan
surau MRSM Pengkalan Chepa.
Penutup
ما كان لاهل المدينة ومن حولهم من الأعراب أن
يتخلفوا عن رسول الله ولا يرغبوا بأنفسهم عن نفسه، ذلك بأنهم لا يصيبهم ظمأ ولا
نصب ولا مخمصة في سبيل الله ولا يطئون موطئا يغيظ الكفار ولا ينالون من عدو نيلا إلا
كتب لهم به عمل صالح، إن الله لا يضيع أجر المحسنين
[Tidaklah patut bagi penduduk Madinah dan
orang-orang yang disekeliling mereka dari orang-orang “A’rab” ketinggalan
daripada (turut berperang bersama) Rasulullah; dan tidaklah patut mereka
mengasihi diri mereka sendiri dengan tidak menghiraukan Rasulullah. Yang
demikian kerana sesungguhnya (tiap-tiap kali) mereka merasai dahaga, dan
merasai penat lelah, dan merasai lapar (dalam perjuangan) pada jalan Allah; dan
(tiap-tiap kali) mereka menjejak ditempat yang menimbulkan kemarahan
orang-orang kafir; dan juga (tiap-tiap kali) mereka menderita sesuatu yang
mencederakan dari pihak musuh melainkan semuanya itu ditulis bagi mereka
(pahala) amal yang soleh. Sesungguhnya Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang
yang berusaha memperbaiki amalannya. [At-Taubah : 120].
Semoga Allah memberkati segala usaha
yang kita semua usahakan serta menjadikan ia sebagai satu ibadah yang
melayakkan kita untuk sama-sama memasuki syurga alfirdaus al’a’la. Ya Allah
perkenankanlah doa kami semua.
Senarai nama pekerja :
Pekerja Binaan Bangunan
1.
Simi @ Yahya (680828-03-5679)
2. Zulhasrisam
B. Mohamed (760210-03-5757)
3. Mohd Azlizam
B. Zakaria (840113-03-5261)
4. Mohd Ramdhan
B. Che Kamarudin (750926-03-6019)
5. Zahari
Ali (690123-08-5475)
6. Mohd Sukri
b. Hassan (820722-03-5337)
7. Nik Mansor
B. Nik Abd Rahman (670720-03-5053)
8. Matholip
(AR 156125) Indonesia
9. Mohd Hasem
B. Basir Ahmed (P-F0108750) Bangladesh
10. Nurul
Amir B. Shabir (UNCHR 354-BC 08513) Myanmar
11. Amaddullah
B. Shabir Ahmed (UNHCR 354-12c05378) Myanmar
12.
Mohd Akiff B. Zakaria (850527-03-5287)
Pekerja Pendawaian Elektrik
1.
Che Daud B. Harun
2. Abdul
Aziz B. Harun (760315-03-5649)
3. Mohammad
Yazid B. Muhammad Zulkifli (930220-03-5557)
4. Mohammad
Nor Fariduddin B. Mohammad (960603-03-6255)
5. Mohamad
Hisyammuddin B. Muhamad Zulkifli (940613-03-5397)
6.
Anuar