Rabu, 9 April 2014

KEMBARA AL-FATEH 2014

 
KEMBARA AL-FATEH 2014

 
Ketika menggali parit untuk menahan serangan tentera Ahzab, berlakulah peristiwa “Batu Pejal”. Para sahabat berusaha untuk memecahkan batu tersebut dengan menggunakan segala peralatan yang ada, akan tetapi gagal. Peristiwa itu diceritakan kepada Rasulullah. Baginda kemudiannya pergi ke batu tersebut lalu memukulnya sehingga terpancar api sebanyak tiga kali. Baginda pun bertakbir. Para sahabat hairan lalu bertanya kepada baginda. Dengan wajah yang gembira, Rasulullah s.a.w memberitahu bahawa pada pancaran api yang pertama, baginda melihat istana putih di negeri Yaman. Pada percikan yang kedua pula baginda melihat Iwan Kisra sementara pada pancaran yang ketiga baginda melihat mahligai raja-raja di Konstantinopale. Berita gembira tersebut menjadi kenyataan selepas kewafatan baginda apabila Iwan Kisra di Tanah Parsi berjaya dibuka oleh Saad bin Abi Waqas setelah berjaya menewaskannya di dalam pertempuran al-Qadisiyah. Ini menambahkan lagi keyakinan kepada umat Islam untuk melaksanakan janji Rasulullah s.a.w iaitu membuka Konstantinople. Pada 20 Jamadil Awal 856 H, bersamaan 29 Mei 1453 M, Konstantinople dapat dibuka oleh Sultan Muhammad Al-Fateh yang ketika itu baru berusia 25 tahun. Menyedari ekspedisi yang panjang itu maka Unit Pendidikan Islam Maktab Rendah Sains MARA (BITARA) Pengkalan Chepa menganjurkan satu lawatan yang diberi nama “Kembara al-Fateh” beradasarkan riwayat seorang tokoh terkenal dan pahlawan gagah perkasa yang memiliki sifat seorang Islam yang syumul dalam usaha beliau membuka kota Konstantinopal. Siapa tidak kenal dengan seorang pemuda yang cerdik, berani, mempunyai sifat-sifat rijal (kepahlawanan) yang tinggi, luhur budi pekerti, istiqamah dalam mentaati perintah agama, sehinggakan ia dinobatkan sebagai sebaik-baik sultan dari kalangan kaum Muslimin seperti mana maksud sabda Nabi S.A.W yang berbunyi “ Sesungguhnya Konstantinople akan dibuka. Maka sebaik-baik pemerintah adalah pemerintahnya (yang membukanya) dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya (yang membukanya) ”. Berdasarkan kronologi riwayat hidup beliau maka kembara ini dirangka untuk memberi penghargaan dan pengiktirafankepada 40 orang pelajar yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam akademik dan program mini ulul albab serta banyak memberi sumbangan terhadap kegiatan dakwah di Maktab Rendah Sains MARA, Pengkalan Chepa. Sepanjang kembara ini pelbagai program telah disusun rapi seperti lawatan ilmiah ke Fakulti Ekonomi UIAM, Gombak, Radio IKIM.fm, Sebagai tetamu khas Yayasan Dakwah Islamiah, Malaysia (YADIM). Ia bermatlamat untuk membantu para pelajar meningkatkan ilmu dan pengalaman bagi mewujudkan generasi al-Fateh di suatu hari nanti. “Jauh perjalanan, luas pengalaman”.


TEMA             : “ Membina Generasi al-Fateh ”


OBJEKTIF


Ø   Menjalinkan hubungan antara MRSM Pengkalan Chepa dengan agensi-agensi luar yang berkaitan.
Ø   Menambahkan pengetahuan dan pengalaman pelajar dalam mendepani kehidupan sebenar.
Ø   Memberi pendedahan terhadap fungsi agensi-agensi yang dilawati dalam pembangunan negara.
Ø   Merasai pengalaman tersendiri apabila berada di UIAM, Konti Radio Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) dan lain-lain.

 
5.0       PELAKSANAAN  PROGRAM

Hari                :           Rabu -  Sabtu

Tarikh            :           2 April 2014 -5 April 2014

                       
6.0       TEMPAT                  :           Kuala Lumpur & Selangor.

7.0         PENGANJUR            :           Unit Pendidikan Islam, MRSM Pengkalan Chepa

8.0       JAWATANKUASA PROGRAM

PENAUNG

Puan Hjh. Siti Fatimah Bt Hassan
Pengetua MRSM Pengkalan Chepa


PENYELARAS PROGRAM

Mohamad Zabedi B. Abd Samad
Guru Kanan Pendidikan Islam

SETIAUSAHA

Hjh Norihan Bt Hashim

BENDAHARI

Ustazah Zabidah Bt Mohd


AJK PENGANGKUTAN  & AJK KESELAMATAN
Muhammad Firdaus B. Ismail       

AJK CENDERAMATA
Siti Amirah Bt Abdullah
                                               
AJK PENDAFTARAN  & AJK DOKUMENTASI
Nur Syahidah Bt Zulkifli

 
9.0       SENARAI NAMA PESERTA LAWATAN

(Lampiran I)

Bilangan peserta      :           39 orang peserta

Guru pengiring                    3 orang guru pengiring :

1-    Ustaz Mohamad Zabedi B. Abd Samad
2-    Ustaz Muhammad Firdaus B. Ismail
3-    Puan Siti Amirah Bt Abdullah

Pemandu                  :           2 orang
Pelajar                      :           34 orang pelajar (16 Lelaki, 18 perempuan)
 

10.0    PENUTUP


Unit Pendidikan Islam MRSM Pengkalan Chepa berharap agar permohonan lawatan ini mendapat pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak pengurusan. Segala kerjasama didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.