Jumaat, 28 Februari 2014

Majlis Solat Hajat Kesyukuran Pembesaran Bangunan Baru Surau MRSM PC


UNIT PENDIDIKAN ISLAM
MRSM PENGKALAN CHEPA, KOTA BHARU. KELANTAN
09-7738252     unitpaimrsmpc@gmail.com      unitpaimrsmpc.blogspot.com
 

 

Perasmian surau MRSM Pengkalan Chepa

 

Bismillahirrahmanirrahim.

 

Segala puja dan puji bagi Allah, pencipta sekalian alam. Selawat dan salam buat junjungan tercinta nabi Muhammad s.a.w, ahli keluarga Baginda, para sahabat, tabiin, tabi’ tabiin, para ulama al-a’milin, dan seterusnya para pencinta dan pendokong agama tercinta.

 

Firman Allah di dalam al-Quran yang berbunyi ;

 

انما يعمر مساجد الله من آمن بالله واليوم الآخر

 

Sesungguhnya orang yang memakmurkan (menghidupkan) rumah-rumah Allah ialah mereka-mereka yang beriman dengan Allah dan hari akhirat.

 

لا تقم فيه ابدا، لمسجد أسس على التقوى من اول يوم احق ان تقوم فيه ، فيه رجال يحبون ان يتطهروا والله يحب المتطهرين

 

“Dan janganlah engkau sembahyang di masjid itu selama-lamanya, kerana sesungguhnya masjid (Quba’ yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula wujudnya, sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang lelaki yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya, dan Allah mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin). [at-Taubah : 108].

 

Muslimin-muslimat yang dirahmati Allah

 

Kita bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya kita dapat berkumpul di surau yang amat indah ini. Hampir empat tahun kita menunggu agar terbina bangunan baru yang diidamkan Alhamdulillah di saat ini kita semua dapat merasai impian kita itu. Projek yang bermula pembinaannya awal September yang lalu sudahpun hampir siap sepenuhnya. Jika ditinjau dari sejarah proses pembinaan telahpun bermula sejak beberapa tahun yang lalu namun hasrat tersebut terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab tertentu. Seterusnya bermula kedatangan Tuan Hj Ismail B. Kamaruzzaman (selaku Timbalan Pengetua HEP) mencadangkan digerakkan semula hasrat murni ini kerana beliau terlalu prihatin terhadap kebajikan pelajar terutama ketika pelajar menunaikan solat di surau ini suatu ketika dahulu. Hasrat ini didokong dan disokong pula oleh puan pengetua Hjh Siti Fatimah Bt Hassan dan akhirnya dengan berkat kesungguhan semua pihak dari jawatankuasa pembesaran surau, para penderma yang budiman, MAIK (Majlis Agama Islam Negeri Kelantan),ANSARA KB dan ANSARA Se-Malaysia, MUAFAKAT cawangan Kota Bharu, saudara Nazri selaku kontraktor yang dilantik bersama pekerjanya,  semua pelajar Batch 39,40 dan 41, seluruh ibu-bapa, guru-guru dan staf sekalian akhirnya hasrat murni ini dapat direalisasikan pada hari ini. Alhamdulillah. Untuk makluman para hadirin dan hadirat sekalian, projek yang dijalankan ini telah menelan belanja sebanyak RM 325,000.00 dengan keluasan 4300 kp. Jika dilihat dari sudut fizikal sekarang sudah tentu surau ini mampu mengatasi kecantikan masjid-masjid dan surau-surau di sekitar Kota Bharu atau secara lebih kecil daerah Pengkalan Chepa. Sekalung penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada anda semua.

 

Peranan surau dan peranan kita

 

Seperti yang diketahui semua, surau atau masjid merupakan nadi penggerak kepada aktiviti setiap muslim. Oleh sebab itu Nabi Muhammad SAW setibanya baginda di Madinah beliau membina Masjid Quba’ dan Masjid Nabawi. Dalam konteks pelajar muslim ia merupakan pusat yang menggerakkan aktiviti seharian mereka. Ia tidak hanya terhad kepada tempat menunaikan solat bahkan ia mesti diangkat martabatnya sebagai “Makmal Rohani” kepada semua pelajar dan warga MRSM Pengkalan Chepa. Aktivitinya sudah tentu diperluaskan sesuai peranannya sebagai makmal rohani. Di sini kita mengharapkan lahirnya warga MRSM Pengkalan Chepa yang Quranik, Saintifik, Ijtihadik & Ensiklopedik. Semoga Allah permudahkan kita ke arah itu. Bagi merealisasikan tujuan tersebut sudah tentu memerlukan pengurusan surau yang sistematik dan diurus oleh mereka yang pakar dalam bidang pembangunan insan. Justeru adalah menjadi harapan semua agar ia dapat diurus tadbir dengan sebaik mungkin.

 

Harapan kita

 

Menyediakan kemudahan fizikal bagi kemudahan semua pelajar adalah salah satu tanggungjawab pihak pengurusan. Namun begitu ia tidak terhenti setakat itu sahaja. Pengisian ke aktiviti ke arah melahirkan pelajar yang berilmu, berdisiplin, beriman dan beramal perlu menjadi keutamaan setelah bangunan surau ini siap dibina. Aktiviti-aktiviti kerohanian seumpama kuliah mingguan, sesi hafazan, seminar, smart circle, qiamullail, dan sebagainya perlu dijadikan rutin harian pelajar.

 

Penjenamaan semula

 

Bagi menambahkan lagi keberkesanan surau ini, unit pendidikan Islam mencadangkan penjenamaan semula surau ini kepada Masjid Al-Khairiah. Semoga dengan penjenamaan semula surau ini dapat memberikan semangat baru kepada semua pelajar dan pengurusan surau MRSM Pengkalan Chepa.

 

 

Penutup

 

ما كان لاهل المدينة ومن حولهم من الأعراب أن يتخلفوا عن رسول الله ولا يرغبوا بأنفسهم عن نفسه، ذلك بأنهم لا يصيبهم ظمأ ولا نصب ولا مخمصة في سبيل الله ولا يطئون موطئا يغيظ الكفار ولا ينالون من عدو نيلا إلا كتب لهم به عمل صالح، إن الله لا يضيع أجر المحسنين

 

[Tidaklah patut bagi penduduk Madinah dan orang-orang yang disekeliling mereka dari orang-orang “A’rab” ketinggalan daripada (turut berperang bersama) Rasulullah; dan tidaklah patut mereka mengasihi diri mereka sendiri dengan tidak menghiraukan Rasulullah. Yang demikian kerana sesungguhnya (tiap-tiap kali) mereka merasai dahaga, dan merasai penat lelah, dan merasai lapar (dalam perjuangan) pada jalan Allah; dan (tiap-tiap kali) mereka menjejak ditempat yang menimbulkan kemarahan orang-orang kafir; dan juga (tiap-tiap kali) mereka menderita sesuatu yang mencederakan dari pihak musuh melainkan semuanya itu ditulis bagi mereka (pahala) amal yang soleh. Sesungguhnya Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya. [At-Taubah : 120].

 

Semoga Allah memberkati segala usaha yang kita semua usahakan serta menjadikan ia sebagai satu ibadah yang melayakkan kita untuk sama-sama memasuki syurga alfirdaus al’a’la. Ya Allah perkenankanlah doa kami semua.

Senarai nama pekerja :

 

Pekerja Binaan Bangunan

 

1.    Simi @ Yahya (680828-03-5679)

2.    Zulhasrisam B. Mohamed (760210-03-5757)

3.    Mohd Azlizam B. Zakaria (840113-03-5261)

4.    Mohd Ramdhan B. Che Kamarudin (750926-03-6019)

5.    Zahari Ali (690123-08-5475)

6.    Mohd Sukri b. Hassan (820722-03-5337)

7.    Nik Mansor B. Nik Abd Rahman (670720-03-5053)

8.    Matholip (AR 156125) Indonesia

9.    Mohd Hasem B. Basir Ahmed (P-F0108750) Bangladesh

10.  Nurul Amir B. Shabir (UNCHR 354-BC 08513) Myanmar

11.  Amaddullah B. Shabir Ahmed (UNHCR 354-12c05378) Myanmar

12.   Mohd Akiff B. Zakaria (850527-03-5287)

 

Pekerja Pendawaian Elektrik

 

1.    Che Daud B. Harun

2.    Abdul Aziz B. Harun (760315-03-5649)

3.    Mohammad Yazid B. Muhammad Zulkifli (930220-03-5557)

4.    Mohammad Nor Fariduddin B. Mohammad (960603-03-6255)

5.    Mohamad Hisyammuddin B. Muhamad Zulkifli (940613-03-5397)

6.    Anuar